Saturday 16 May 2015

KURSUS make up di seroja spa ...LOOKS GOOD FEELS GOOD :)

Kursus make up di Seroja Spa ini akan membantu anda untuk menambah keyakinan diri.
Anda mesti dan rasa cantik kan?
so why not try belajar make up dengan kami..
alaa make up yang simple tapi nampak cantik dan natural..
muka nampak fresh dan bertenaga.
semua orang nak rasa cantik dan dihargai..
apabila make up self confidence anda akan bertambah serta orang tidak mudah akan memandang rendah pada ada..(jika anda bersolek sesuai sesuai dengan keadaan.)
oleh itu jemput booked KURSUS BELAJAR MAKE UP DI SEROJA SPA ini ,di number whatsapp yang tertera di bawahh...
(+60164467694)
*terhad kepada 10 orang sahaja!!!
WHATSAPP : 0164467694
*yuran hanya rm250 seorang
anda boleh whatsapp kami untuk sebarang pertanyaan..

Alat Solek Tiruan: Pelanggan 'tutup mata' asal harga murah

KUALA LUMPUR 29 Jun - Sudah terhantuk baru terngadah. Itulah gambaran sikap pengguna yang hanya berani melaporkan kes membabitkan produk kosmetik tiruan selepas mengalami sendiri kesan sampingan teruk pada wajah setelah menggunakan barangan tersebut.
Pada tahun lalu, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) hanya menerima tidak lebih 30 aduan berkenaan kosmetik tiruan dalam setahun berbanding tahap keseriusan kes tersebut.
Pengurus Kanan NCCC, M. Matheevani berkata, hal tersebut mungkin juga disebabkan pengguna sedar, mereka tidak dapat mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat pengeluar kerana ia tidak berdaftar.
"Jika hendak dibandingkan dengan tahap keseriusan kes ini, jumlah aduan yang diterima adalah sangat kecil.
"Malah, kebanyakan pengadu juga hanya tampil membuat laporan selepas mereka mendapat kesan sampingan akibat penggunaan kosmetik tiruan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini baru-baru ini.
Matheevani memberitahu, kebanyakan pengguna pada masa ini tidak bijak membuat keputusan terutamanya apabila melihat produk berjenama dijual pada harga murah walaupun ia jelas menunjukkan perbezaan harga yang ketara.
Menurutnya, perkara itu membuktikan pengguna lebih mengutamakan harga murah dan jenama berbanding kualiti walaupun sedar ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan mereka.
"Mustahil mereka tidak tahu produk tersebut adalah tiruan kerana secara jelas harga yang ditawarkan juga sudah boleh menimbulkan syak terhadap ketulenannya.
"Selain produk solekan, kanta lekap yang digunakan untuk tujuan kosmetik juga boleh diperolehi pada harga serendah RM10 sahaja jika dibeli di pasar-pasar malam," katanya.
Bayangkan sikap pengguna Malaysia, katanya, walaupun penggunaan kanta lekap mampu menyebabkan kerosakan kornea tetapi bahaya itu tidak diabaikan dengan alasan ia di jual pada harga yang murah.
Lebih membimbangkan, promosi jualan murah produk-produk terbabit juga kini mula memasuki pasaran Internet.
Justeru, beliau meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan sedia ada dan tidak terlalu bergantung kepada badan bukan kerajaan dalam menangani isu berkaitan hak-hak pengguna.
"Tinjauan berkala perlu dilakukan dan jika didapati produk tiruan yang boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna berleluasa di pasaran, ia perlu dirampas," katanya.
..BERITA INI DIKOMPILASI OLEH IKIN IKIRDZ

No comments:

Post a Comment